Saturday, February 15, 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


**** 4 bintang ****

Best sangat buku ni, tak puas baca sekali jer..
Meh saya kongsikan sikit input dari buku ni...

Menjemput rezeki dengan doa
Berdoalah di saat waktu mustajab untuk berdoa
  • -        Waktu pagi sblm terbit matahari – lps solat subuh
  • -        Setiap lps solat fardu
  • -        Antara zuhur & asar
  • -        Antara asar & maghrib
  • -        Antara azan & iqamat
  • -        Ketika bangun tidur
  • -        Dlm solat sblm salam
  • -        Ketika masuk & keluar masjid
  • -        Waktu antara 2 khutbah
  • -        Ketika menziariahi makan rasulullah (saw)
  • -        Ketika melakukan urusan penting
  • -        Ketika membaca doa qunut
  • -        Dlm majlis ilmu
  • -        Ketika ditimpa kesulitan, kecewa & hati tidak tenteram
  • -        Bertemu kembali sahabat /saudara lama yang terpisah
  • -        Waktu hujan
  • -        Ketika mahu memulakan solat & selesai solat
  • -        Selesai membaca al-quran
  • -        Waktu sujud
Perkara paling besar yang perlu diminta dengan Allah :-
  • 1)      Mohon diampun segala dosa
  • 2)      Mohon taufik & hidayah
  • 3)      Mohon redha allah
  • 4)      Mohon masuk ke syurga tanpa dihisab
Mereka yang doanya segera dimakbulkan Allah :-
  • 1)      Org yg terdesak
  • 2)      Org yg dizalimi
  • 3)      Anak yg diredhai ibu-bapa
  • 4)      Ibu bapa yang disayangi oleh anak2
  • 5)      Orang2 yg suka bertaubat
  • 6)      Pemimpin yg adil
  • 7)      Org berpuasa sepanjang tempoh ia belum berbuka
  • 8)      Org yg bermusafir

Kita berdoa kerana Allah suruh kita berdoa, doa itu ibadah, 
siapalah kita utk memaksa Allah mngikut apa yg kita mahu.. 
Sama ada Allah makbulkan, itu hak Allah..
Allah Maha Bijaksana lebih mengetahui masa yg tepat utk memakbulkan doa kita..

Antara sebab2 yg mungkin menyebabkan doa kita tertangguh antaranya :-

  • -        Kita belum bersedia
  • -        Jika diberi mendatangkan kemudaratan
  • -        Adakah doa kita
  • Benar2 ikhlas
  • Tidak tergesa2
  • Fahami apa yg kita pohon
"Apabila Allah melepaskan lidahmu utk memohon, sesungguhnya Allah hendak memberimu… "
Ini sebahagian jer... nota ringkas jer pon, nak lagi... kenalah baca buku ni,
SELAMAT MEMBACA!!!

p/s : kami di STG pon ada MMR juga - "Minda Magnet Rezeki" pakej istimewa dlm Projek STG...

Projek STG - ada Elmu, ada Mentor, ada Sistem... kaya dengan Bertuhan, I LOVE STG!!!

Berminat Nak Tahu tentang Projek STG
sms/whatapps saya
019-9448398 (Roslina)

atau pm terus ke facebook saya
https://www.facebook.com/roslina.roslan.1

Thursday, February 13, 2014

LEGOLAND MALAYSIA - 17 NOV 2013

Tempat 1st kami sekeluarga (Papa, Mama & Adam) gi jalan2 sementara kami duk kat Johor ni (sebenarnya nak guna baucer aiskrim Walls yang expired hujung tahun 2013 tu 30% discount tu)

Seperti kebiasaannya mama yg over exited.. huhuhu.. kami kuar dlm kol 9++ pagi dari rumah, perjalanan ke Legoland tu dlm 45 minit lebih kurang, singgah Jusco Bukit Indah beli roti jap... sbb katenye dlm Legoland tu mknan mahal.. (sebenarnya takdela mahal sgt pon..) kami smpi lbh kurang pukul 10++ org tak berapa ramai lg... luckly awal2 cuti sekolah rasenya.. kurang sikit umat.. dan lagi hari tu hujan sikit.. nasib baiklah tak lebat rebas jer.. papepon happy & seronok sgt hari tu, Thank you papa, belanja kami pergi sini... 


Depan Pintu masuk.. yeay tiket dah beli RM243 lps discount 30% 

Wah, budak kecik & mak budak yg senyum smpi telinga, feel mcm gergasi lak kat sini...

Papa ajak pegi ikut No dalam peta.. no.1 start kat kawasan Lego Technic... budak2 kecik bawah 90cm tingginya tak boleh main game kat sini (rugi2)... Papa cuba main game Tecnic Twister.. mcm cup yg pusing2 tu jer... hohoho, ada orang pening... Kat sini ada game Project X (roller coaster yg kereta sebuah2 tu..) Aquazone - tembak2 air.. kalau basah boleh guna dryer yg ada kat situ RM10 per entry.. kat sini Adam boleh main kat Mindstorm jer.. yg ade gambar Einstain tu.. main LEGO jer... huhuhu.. 

Robot LEGO tu ada kuar bunyi.. ada budak takut konon2nya..

Ni kat Land Of Adventure.. Belakang tu Dino Island, Adam tak cukup tinggi nak main..
Kat sini Adam main 1 Game, Lost Kingdom Adventure - ala2 pengembaraan Indiana Jones tu... ada gambar, tp sbb papa tgk ke lain tak belilah gmbr tu, ajak naik sekali Adam dah tak mau dah.. opss harga dia masa ni RM30/piece tp beli 2 baru RM50 jer..

MINILAND - monumen tarikan Negara ASEAN (tersesat kat sini Taj Mahal & Forbidden City) yg diLegokan... 

Lego Kingdoms - Papa naik Roller Coaster smpi pening... huhuhu

Observation Tower kat Imigination, pastu makan pizza kat zirafah tu...

 Kat sini sesuai bawak Adam... ada banyak Playground yg boleh dia main...  movie 4D boleh tgk kat sini... 


Last gambar dlm handphone.. ni OTW nak pg ke Lego City.. 
Next time terus gi Lego city jer dulu, kat sini mmg banyak game utk budak2 besar Adam.. (sepatutnya terus gi sini tadi, boleh main ulang2).. silap dah nak blk baru gi sini, org lain pon sama kot, sbb terasa mcm ramai je kat situ... antara game yg ada kat sini, naik keretapi pusing2 legoland, boating, naik kapal terbang, padamkan api, belajar bawak kereta.. Ada budak tak puas main boat lak... nasib baik hari tu dah school holiday, operation hournya dilanjutkan ke pukul 8.00 mlm.. sepatutnya pkl 6.oo ptg dah kena halau balik dah.. huhuhu.. anyway seronok sgt hari tu.. Insya-Allah sblm blk kuantan nak gi lg sekali lah...

Saya masih di Johor, sape2 duk area Pasir Gudang yang nak tahu pasal STG PROJEK,
boleh sms/whatsapp saya di 019-9448398

atau pm je ke facebook saya ni.. https://www.facebook.com/roslina.roslan.1

p/s : nak beli barang pon boleh...


Wednesday, February 12, 2014

JEMPUTAN JADI RAKAN BIZ SAYA///

JEMPUTAN MENJADI RAKAN BIZ SAYA…

.. terbuka kepada mereka yang 18 tahun ke atas.. dengan syarat

1. Ada akaun facebook 

2. Suka online
3. Rajin



Tugas tugas..
1. Promosi produk
2. Copy paste dan post
3. Jawab PM

Pendapatan
1. Untung runcit
2. Bonus bulanan
3. Cek insentif


Whatsapp atau sms saya di 019-9448398

Atau pm direct ke facebook saya… 




Monday, February 10, 2014

TESTIMONI EYE BAG


Lama dah post testimoni kat blog ni, 
Gambar akak ni kami ambik masa demo krim Bio-ever Nano..
sekejapan jer dah boleh nampak beza 
tempat yg disapu dgn tpt yang tak disapu..

Hari2 sapu Insya-Allah..
kembali muda paling sikit 5 tahun ke belakang..
kalau yang dah awet muda tu,
Insya-Allah lagilah nampak muda..

BERMINAT???
boleh whatsapp @ sms saya di
019-9448398 (ROSLINA)

atau pm saya di facebook saya
https://www.facebook.com/roslina.roslan.1


Wednesday, February 5, 2014

DARI PAHANG KE NEGERI JOHOR


Sebenarnya dah 2 bulan saya di bumi johor ni...
selepas bergelar suri rumah sepenuh masa..
En.suami telah berpindah tpt kerja,
HQnya di Kuala Lumpur sitenya di negeri Johor..

Kampung Tanjung Langsat..
kat sinilah kami tercampak... di hujung tanjung..
shhh.. saya ada satu rahsia nak kongsi...
saya pernah tulis dalam buku impian saya..
yang saya berharap dapat tinggal di kawasan kejiranan mcm 
kat rumah paklang belah En.suami..
rumah dekat dengan masjid,
jiran2 yang baik..
Alhamdulillah, apa yang saya request ada yang saya dapat di sini..
Jiran yang baik, kawasan yang aman dari bunyi2 budak2 rempit,
dekat dengan masjid, banyak pokok2 hijau..
nak pergi ke bandar pon takdelah jauh sangat..
lagi best, hari2 dapat tgk kapal terbang yang turun naik kat airport cangi tu..
suka-suka.. Terima kasih Ya-Allah
w/pon kami menyewa kat situ... 
mudah2an impian ini akan jadi kenyataan...

Ada sapa2 yang duduk dekat2 dengan Tanjung Langsat jomla mengeteh
sambil2 kita cerita2 pasal Projek STG

boleh whatsapp saya
019-9448398

atau pm saya di FB saya ni
https://www.facebook.com/roslina.roslan.1

Selamat Tahun Baru 2020

Bertahun blog ini terbiar,  oleh itu antara azam tahun ini adalah mahu menyambung kembali penulisan di blog dengan isi-isi yang bermana...