Banyak betul penerangan pasal bio-teknologi ni, atas ihsan Mr. G, so tak mahu pening2 kepala saya kongsikan secara ringkasnya, apakah itu bio-teknologi ni,
 |
| sekadar hiasan |
Teknologi biologi
merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]
"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."
Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]
Apakah itu Bioteknologi?
Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan.
Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan : Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman, Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus.
Dengan erti kata lain bioteknologi merupakan suatu teknik saintifik yangmenggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkansesuatu produk yang dikehendaki bagi bagi tujuan-tujuan yang tertentu.Terdapat 2 cabang utama dalam bioteknologi iaitu tradisional dan moden. Contoh-contoh proses tradisional ialah pembuatan baja organik serta kimia, agenbiokawalan, sel serta kultur tisu. Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasikejuruteraan genetik seperti genomik, bioinformatik, tranformasi molekul,pembiakan, diagnostik dan teknologi vaksin.
Bioteknologi dan Industri
Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahuitelah membuka banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa. Kini teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam industri untuk dimajukan.
Bioteknologi dan Anda
Bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada suatu hari ini hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini. Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa akan datang dengan kehidupan yang lebih sihat dan progresif.
Bioteknologi dan Industri
Manusia telah menggunakan pelbagai cara demi mendapatkan kepuasan dan kesenangan dalam kehidupan harian mereka. Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi kini.Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka banyak jalan keera masa depan dan yang lebih selesa. Sebagai contohnya masalah kebuluran, wabak penyakit, pencemaran, pembangunan, dan pelbagai lagi dapat diatasi dengan adanya teknologi ini.
Industri pertanian
Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan ramai generasi-generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu. Maka dengan menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : Buah yang besar, Buah tanpa biji, Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak, Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar. Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ? Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat merencatkan penghasilan pembentukan biji benih. Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dikalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani. Teknologi ini juga sedang dikaji untuk digunakan terhadap haiwan.
Perubatan
Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik,dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia. Tahukah anda bahawa hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakitkencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu.Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam. Akhirnya Insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untukmenghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.Saintis kini cuba untuk menghasilkan haiwan yang dapat menjadi penderma organ dan darah kepada pesakit. Seperti kita semua maklum setiap spesies hanya sesuai untuk menjadi penderma kepada satu sama lain kerana halangan genetik tapi jika halangan ini dapat diatasi dan kita akan mempunyai badan gantian jika berlakunya kemalangan atau sebagainya.