** 4 bintang **
saya terjumpa petikan buku ni kat fb
senior UTM,
selokla pulak nak baca semua... hahaha..
sementelah saya memang suka baca tulisan
penulis...
(kat majalah Solusi)
memang best, puas hatila dpt beli &
baca..
tp agak susahla nak jumpa..
(salah tpt cari agaknya, lastly terjumpa
kat Haris, Tebrau City)
jom kita share sikit petikan buku ni...
PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd
Juoi )
Inilah cerita
benar.
Cerita benar
seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa
yang selalu bermain pada fikiran ayah.
Apabila
saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit.
Seakan-akan
mendesak....
"
Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat
waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.
Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket
pada satu-satu
masa pun payah.
Kalau balik
kampung
selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.
Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah
mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah
asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi,
tapi saya memang
tak ada duit,"
Bisik saya
kepada emak.
Emak seperti
biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah
beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5
ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa
bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang
boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....
Tapi kerana
tidak mahu menghampakan harapan ayah
dan ikutkan
cadangan emak,
saya gagahi juga
memberinya.
Ayah selalunya
tersenyum menerima pemberian saya.
Tetapi
yang mengejutkan ialah
apabila kami
sekeluarga berada dalam perut bas
dalam perjalanan
pulang ke kota.
Di kocek anak
saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi
kalau bukan ayah?
10 tolak 5, saya
masih 'untung' 5 ringgit.
Geli
hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya
tahun demi tahun.
Apabila kami
pulang ziarah ke kampung,
saya akan
memberi pemintaan ayah.
Kengkadang
terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan.
Akhirnya, saya
memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada
ayah setiap kali pulang kampung.
Kedudukan
ekonomi saya yang masih goyah
kekadang
hanya mengizinkan wang dua ringgit
untuk
diberikan kepada ayah.
Ironinya,
ayah tetap dengan pemintaannya
dan
tetap tersenyum apabila menerima.
Tidak
kira berapa jumlahnya.
Emak
terus-terusan selamba.
Saya
masih sukar menandingi
ketajaman
rasa seorang isteri (emak)
dalam
memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap
kali dalam perjalanan pulang,
kocek anak saya
akan jadi sasaran.
Kekadang itulah
duit pelengkap membeli tiket pulang.
Ayah akan setiap
memasukkan duit
yang melebihi
jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak
mengambil masa lama
untuk memahami
apa maksud tersirat disebalik
perlakuan
ayah itu.
Dia
meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi
dia ada sesuatu yang lebih besar
ingin
dicapainya atau disampaikannya.
Namun,
secara
bertahap-tahap
buku tulisan
saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu
sahaja,
perniagaan yang
saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin
membesar.
Kalau dulu kami
pulang ke kampung dengan bas,
tetapi selepas
beberapa tahun
saya pulang dengan kereta milik sendiri.
Saya
masih ingat komen ayah
ketika
saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti,
besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya
tetap memenuhi permintaan ayah
setiap kali
pulang ke kampung.
Wang saya
dahulukan kepadanya.
Dan ayah juga
konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang
yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak
payahlah ayah..."
sekarang saya
mula berani bersuara.
Ekonomi keluarga
sudah agak stabil.
Malu rasanya
mengambil duit ayah walaupun
perantaraan
pemberian datuk kepada cucunya.
Saya tahu dan
sedar,
hakikatnya ayah
hendak memberi kepada saya sejak dulu,
tetapi
sengaja atau tidak ingin
saya
merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa,
dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak
hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya.
Cuma sekarang
bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya.
Dan dalam hati,
saya mula berasa senang
kerana jumlah
yang saya berikan kepada ayah,
kini sudah
melebihi apa yang mampu diselitkan
ke kocek anak
saya.
Tidak
semacam dulu lagi,
duit
pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa
melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh
mulut ayah.
Tidak sampai
tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping
menulis, saya menjadi penerbit.
Perniagaan
semakin rancak.
Oleh sebab
bilangan anak bertambah dan
keperluan kerja
yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk
kegunaan harian.
Anak-anak
mula menjejak menara gading.
Kehidupan
semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun
sibuk sekalipun
saya
tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.
Anehnya
ayah tetap memberi kepada anak saya
walaupun
kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya,
ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi
dia MEMBERI KERANA ALLAH.
Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu
apa pesan penulis itu kepada saya?
Ya, mari kongsi
bersama :
" Kini aku
benar-benar faham bahawa
ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di
dunia,
lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.
Mereka bukan
'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita
(walaupun
istilah itu sebenarnya kurang
atau tidak tepat
kerana ibubapa bukan benda).
Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua
tetapi mengabaikannya.
"memberi
kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.
Walaupunitu
bukan niat kita ketika memberi,
tetapi
percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.
DOA MEREKA
MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka
bekalan.
Benarlah
sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah
terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah
sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang
jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat.
Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa?
MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak
anda.
Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada
diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
**** bestkan!!!****