Friday, September 9, 2011

CERITA TENTANG NANO

TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar.
Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.
Kenapa kecil adalah baik?
  1. o Cepat
  2. o Ringan
  3. o Boleh muat ke ruang yang kecil
  4. o Murah
  5. o Lebih cekap penggunaan tenaga
  6. o Properties berbeza dalam ukuran yang kecil
Kenapa fokus pada saiz nanometer?
Ekonomi mendorong kegunaan saiz nanometer:
  1. o Lebih ringan dan kurang bahan asas
  2. o Jangka hayat yang panjang
  3. o Properties yang luar biasa
Kebaikan nanoteknologi dalam kehidupan seharian
Akibat perkembangan dalam bidang nanoteknologi, orang ramai dapat menikmati:
  1. o Komputer yang lebih berkuasa dan ruang penyimpanan data yang lebih besar.
  2. o Analisis yang cepat dengan kuantiti sampel yang kecil
  3. o Penemuan baru dalam dianogsis perubatan, rawatan dan penyaluran ubat ke destinasi yang tertentu dalam badan
  4. o Menghasilkan industri yang cekap tenaga
  5. o Bahan yang 100 kali lebih bertahan
  6. o Teknologi baru untuk penghasilan tenaga dan perubahan tenaga (sel bahan api dan fotovoltik)
  7. o Super konduktor untuk tujuan kecekapan tenaga
  8. o Nanorobot untuk tujuan pembedahan yang lebih terperinci
Di manakah nanoteknologi digunakan?
Dengan kejuruteraan nanoteknologi, kini terdapat berbagai-bagai produk nano:
  1. o Lebih daripada 400 produk pengguna.
  2. o Cip komputer
  3. o Kereta
  4. o Pakaian
  5. o Kosmetik
  6. o Suplementasi nutrien
  7. o Industri pembinaan
  8. o Lebih daripada 600 bahan asas atau komponen bagi tujuan yang berlainan
Standard yang berkaitan dengan nanoteknologi ISO adalah dalam proses untuk membangunkan standard untuk nanoteknologi, TC 229 (Tecnical Committee) satu jawatankuasa teknikal telah diwujudkan untuk 4 kumpulan kerja (WG, Working Group) yang berusaha membangunkan standard nanoteknologi di masa depan. Malaysia merupakan ahli dalam TC 229.

Impak Nanoteknologi Dalam Kehidupan Manusia
Merupakan asas bagi kebanyakan pembangunan teknologi pada masa depan.

Dengan perkembangan yang mantap, kemajuan nanoteknologi akan melebihi bidang teknologi maklumat dan bioteknologi.

Nanoteknologi akan menghasilkan impak pada ekonomi sedunia, sebagai contoh, jualan produk nanoteknologi mencecah AS$1.5 trilion di pasaran Amerika, ini membolehkan sebanyak 2 juta peluang pekerjaan diwujudkan.

Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Bertahun blog ini terbiar,  oleh itu antara azam tahun ini adalah mahu menyambung kembali penulisan di blog dengan isi-isi yang bermana...